ads

Tuesday, September 10, 2013

Exercise


Senaman untuk hari ini.

Friday, February 15, 2013

Teh Hijau Boleh Buat Sakit Kepala


Kalau sebelum ni entry pasal Makan Coklat Boleh Kurus, kali ni entry pasal minum Teh Hijau secara berlebihan boleh menjadikan kita sakit kepala.


Teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi pelbagai khasiat penting dan memberi pelbagai manfaaat kepada kesihatan tubuh badan. Dikatakan, pengambilan teh hijau ini dapat membantu dalam menurunkan berat badan dan membekalkan nutrisi kepada para peminumnya. Adakah ianya benar?


Kelebihan

Teh hijau mengandungi kafein, membantu untuk menaikkan kadar thermogenesis (proses biologikal yang terlibat dalam pembakaran kalori) dan seterusnya mempercepatkan kadar metabolisme badan. Dengan ini, ianya berupaya untuk membakar jumlah kalori yang lebih serta secara tidak langsung menurunkan berat badan. Disamping itu, teh hijau yang mempunyai kalori yang amat rendah('calorie-free') ini sesuai bagi yang mengamalkan kalori defisit kerana teh  hijau ini adalah alternatif kepada minuman yang lain. Jadi tiada masalah untuk menggantikan minuman manis dan minuman yang lain dengan teh hijau.

Tambahan lagi, teh hijau ini bukan sahaja mampu untuk menurunkan berat badan, malah pengambilan teh hijau ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Kandungan antioksida yang terdapat dalam teh hijau ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dan memulihkan sistem arteri(tekanan darah). Kajian juga mendapati, teh hijau banyak hubungkait dengan penyakit kanser. Pesakit yang mengalami kanser payu dara, kanser ovari dan esophageal menunjukkan hasil yang positif dengan kadar peratusan kanser menjadi rendah. Ini disebabkan oleh polifenol, antioksida yang sangat kuat yang bertanggungjawab dalam merendahkan kadar kanser sesorang. 

Kekurangan

Akan tetapi, teh hijau juga mempunyai kekurangan. Pengambilan yang lebih akan menjadikan seseorang itu mengalami masalah sakit kepala, tidur yang terganggu dan kadar denyutan nadi yang tidak sekata disebabkan pengaruh kafein itu sendiri. Dinasihatkan agar tidak terlalu berlebihan dalam pengambilan teh hijau dan paling penting, jika matlamat anda untuk menurunkan berat badan, teh hijau sendiri tidak berhasil sekirannya anda tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan kehidupan yang sihat.


Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com

Thursday, February 14, 2013

Makan Coklat Boleh Kurus


Lama dah meninggalkan blog ni tanpa entry baru.

Artikel pasal coklat boleh kurus ni menarik perhatian n boleh lah kita share kat sini.



The recent study conducted by University of California, San Diego reveals that people who consume chocolate regularly are slimmer than those who eat less. This newfound claim lies on top of several other positive effects of chocolate, including lowering heart disease and blood pressure risks. Ah, what an icing on an already delicious cake!

Dr. Beatrice Golomb and her colleagues who conducted the study affirms that lower BMI found in those who eat chocolate regularly may be due to the fact that it provides metabolic benefits – hence helping to wash the extra calories off.

"I wasn't expecting that BMI would be favorable. That was a nice surprise,"says Golomb.

The study involved 1,000 men and women samples, whose chocolate eating pattern and exercise habit were closely monitored for a week. Consuming five times of chocolate a week is connected to the 1-point BMI lost over the period. It was also monitored that those who ate chocolate do not eat less or exercise more than those who don't consume as much chocolate.

However, the result does not mean you should eat chocolate every day just to lose weight. It is still a developing study about the link between chocolate and human's body weight – as opposed to the individual benefits of chocolate revealed in earlier studies.

We say, start a chocolate habit if you haven't developed one, but don't binge on it. What a better (and more delicious) way to prevent cholesterol and heart diseases than by consuming chocolate? When choosing chocolate products, note that vegetable oil should not be part of the ingredients – good chocolates are those containing only natural chocolate oil. It is also best if you opt for dark chocolate, that is not heavy on sugar nor milk.
VenusBuzz.com is a women's media channel dedicated to life, fashion, beauty, lifestyle, health and love among other things. We are a believer of the fairer sex and a champion of women's wellbeing. Visit www.venusbuzz.com


Wednesday, October 13, 2010

Reductil Bahaya?

Arahan tarik balik produk kesihatan mengandungi sibutramine


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) mengeluarkan arahan menarik balik produk kesihatan yang mengandungi sibutramine dari pasaran kerana ia didapati mampu meningkatkan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi PBKD, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata, keputusan menarik balik serta menggantung pendaftaran produk yang mengandungi bahan itu ialah berdasarkan kajian Sibutramine Cardiovaskular OUTcomes (SCOUT) bagi produk Reductil yang dijalankan oleh Abbot Laboratories.


"Kajian menunjukkan sibutramine mampu meningkatkan risiko advers kardiovaskular terutamanya ke atas pesakit obes dan berlebihan berat badan berbanding pesakit yang menjalani senaman dan kawalan pemakanan.


"Pemegang pendaftaran diminta memberhentikan segala transaksi jualan dan menarik balik produk dari pasaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh penggantungan bermula hari ini," katanya.


Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes, hipertensi dan dislipidemia, namun pengambilannya dilarang bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, arithma, strok dan hipertensi tidak terkawal.


Lanjutan dari maklumat kajian SCOUT, pada Januari 2010 PBKD sudah mengarahkan pemegang pendaftaran produk mengemas kini sisip bungkusan mereka bagi mengukuhkan lagi informasi keselamatan serta mengeluarkan surat kepada pengamal perubatan di Malaysia untuk memaklumkan hal itu. Sebanyak 38 laporan kesan advers yang membabitkan sibutramine diterima dan lima daripada laporan itu mendapati pesakit mengalamai kesan seperti jantung berdebar (tiga laporan) dan infarksi miokardial bukan fatal (dua laporan).


Dr Mohd Ismail menasihatkan supaya pesakit yang menerima rawatan sibutramine supaya merujuk kepada doktor masing-masing untuk nasihat lanjut. Setakat ini, terdapat sembilan produk berdaftar yang mengandungi bahan itu iaitu Reductil, Slenfig, Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim.


Tuesday, August 24, 2010

Wajah Baru

Setelah sekian lama blog ni dianak tirikan, hari ni kita tukar langsir baru.. hehe... ijauuuu.. baru matching dengan Herbalife yg ijauuuu tu kan.. :)

Punca Gemuk

Makanan rapu punca obes




KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan.

Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau obesiti.

Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara membangun.

Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser.

Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di kalangan kanak-kanak?

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual.

Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual secara berleluasa di luar.

"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti.

"Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan minda anak.

"Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak, sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda yang menentukannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesihatan Kanak-Kanak Malaysia di The Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf dan Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong.

Menurut Zainun Nur, program itu dilancarkan sebagai satu usaha bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Kempen tersebut membabitkan aktiviti seperti kesedaran nutrisi, aktiviti fizikal dan perbincangan, kelas panduan bagaimana meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan nutrisi selain ditunjukkan demonstrasi penyediaan masakan berkhasiat oleh Chef Florence Tan.

"Pada pelancaran hari ini, kami turut mengadakan bengkel eksperimen iaitu percubaan untuk melihat sejauh mana beberapa ibu bapa dan pelajar yang menyertainya dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pemakaran dan gaya hidup anak mereka.

"Kejayaan bengkel hari ini akan menguatkan usaha kami atau membantu kami memperkemaskan aktiviti sebelum melebarkannya ke sekolah seluruh negara.

"Program ini pertama kali diadakan di Malaysia tetapi ia sudah dijalankan di beberapa buah negara seperti Argentina, China, Thaiwan, Korea, Singapura, Pakistan, Filipina, India, Mauritius, Jerman, Malta dan Belanda," ujarnya

sumber: utusan.com.my

Sunday, July 25, 2010

Syanie Dah Makin Kurus

Syanie Lebih Selesa Kerana Kurus

SELEPAS setahun melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus Syanie semakin selesa dan yakin dengan penampilannya.

Perubahan berat badan yang ketara daripada 204kg sehingga 127kg memudahkan Syanie untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian.

"Saya buat pembedahan bukan sebab nak cantik, kalau untuk cantik dari dulu saya dah buat, ini semata-mata kerana kesihatan saya. Berat saya dahulu sudah ditahap yang bahaya kerana terlalu besar dan sukar untuk bergerak.

"Selain itu banyak pula penyakit yang datang seperti mudah sesak nafas, mudah letih, susah untuk berjalan, malah tidur pun dalam keadaan duduk.

"Kini semuanya sudah berubah, saya boleh melakukan aktiviti harian seperti orang lain, saya boleh keluar membeli belah, malah boleh memandu kereta sendiri, dan ramai yang tidak mengenali saya ketika berselisihan" ujarnya gembira.

Menurut Syanie, dia bersyukur dengan berat badannya kini, malah dia turut tidak merancang untuk mengurangkan lebih banyak lagi beratnya.

"Saya semakin selesa dan apa yang saya buat selama ini bukan untuk cantik macam artis lain tetapi kerana tuntutan.

"Malah saya belum merancang untuk membuat pembedahan sekali lagi bagi membuang lebihan kulit dan daging yang tinggal akibat pengurangan berat badan," ujarnya yang turut membintangi filem Kembar Siam dan Tolong Awek Aku Pontianak.

Selain itu, Syanie memberitahu perubahan berat badannya tidak menjejaskan tawaran berlakon yang diperoleh.

"Saya sedar orang ambil saya berlakon kerana saiz saya yang besar ketika itu, tetapi Alhamdulilah walaupun saiz kecik sedikit tapi tawaran tidak pernah putus.

"Namun saya yakin itu semua kerana bakat bukan kerana saiz semata-mata," jelas Syanie ketika ditemui selepas rakaman program terbitan Astro Itu Dia di Finas, Khamis.

Dalam pada itu, Syanie turut tidak lokek berkongsi pengalaman dan pendapat bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembedahan tersebut.