Kalau sebelum ni entry pasal Makan Coklat Boleh Kurus, kali ni entry pasal minum Teh Hijau secara berlebihan boleh menjadikan kita sakit kepala.
Teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi pelbagai khasiat penting dan memberi pelbagai manfaaat kepada kesihatan tubuh badan. Dikatakan, pengambilan teh hijau ini dapat membantu dalam menurunkan berat badan dan membekalkan nutrisi kepada para peminumnya. Adakah ianya benar?
Kelebihan
Teh hijau mengandungi kafein, membantu untuk menaikkan kadar thermogenesis (proses biologikal yang terlibat dalam pembakaran kalori) dan seterusnya mempercepatkan kadar metabolisme badan. Dengan ini, ianya berupaya untuk membakar jumlah kalori yang lebih serta secara tidak langsung menurunkan berat badan. Disamping itu, teh hijau yang mempunyai kalori yang amat rendah('calorie-free') ini sesuai bagi yang mengamalkan kalori defisit kerana teh hijau ini adalah alternatif kepada minuman yang lain. Jadi tiada masalah untuk menggantikan minuman manis dan minuman yang lain dengan teh hijau.
Tambahan lagi, teh hijau ini bukan sahaja mampu untuk menurunkan berat badan, malah pengambilan teh hijau ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Kandungan antioksida yang terdapat dalam teh hijau ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dan memulihkan sistem arteri(tekanan darah). Kajian juga mendapati, teh hijau banyak hubungkait dengan penyakit kanser. Pesakit yang mengalami kanser payu dara, kanser ovari dan esophageal menunjukkan hasil yang positif dengan kadar peratusan kanser menjadi rendah. Ini disebabkan oleh polifenol, antioksida yang sangat kuat yang bertanggungjawab dalam merendahkan kadar kanser sesorang.
Kekurangan
Akan tetapi, teh hijau juga mempunyai kekurangan. Pengambilan yang lebih akan menjadikan seseorang itu mengalami masalah sakit kepala, tidur yang terganggu dan kadar denyutan nadi yang tidak sekata disebabkan pengaruh kafein itu sendiri. Dinasihatkan agar tidak terlalu berlebihan dalam pengambilan teh hijau dan paling penting, jika matlamat anda untuk menurunkan berat badan, teh hijau sendiri tidak berhasil sekirannya anda tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan kehidupan yang sihat.
Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com
No comments:
Post a Comment