ads

Sunday, January 4, 2009

Botol Air Plastik

Botol air plastik beri kesan buruk kesihatan


GEORGETOWN: Botol air plastik pelbagai warna dan bentuk yang banyak di pasaran ketika ini didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan buruk kepada kesihatan manusia termasuk kanser payu dara.

Botol jenis polikarbonat (BPA) yang ringan dan tahan itu mudah diketahui kerana ada angka `7' dalam bentuk segi tiga bersama huruf `PC' di bahagian bawah setiap botolnya. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata antara kesan terhadap kesihatan manusia akibat penggunaan botol itu adalah ia akan menjejaskan organ pembiakan, memberi kesan buruk kepada tumor dan perkembangan prostat dan juga mengurangkan bilangan sperma.

Katanya, botol air jenis BPA itu dikatakan berbahaya kerana bahan yang digunakan iaitu kimia jenis `Environmental Hormone' mampu merembeskan bahan itu ke dalam air. "Justeru CAP menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya mengharamkan terus penggunaan botol air polikarbonat ini termasuk di kawasan sekolah," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Petikan akhbar Berita Harian Online - 24/12/08

No comments: