ads

Sunday, August 9, 2009

Pisang




Buah berkulit kuning ini selain daripada enak, ia ternyata memiliki pelbagai khasiat baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Rasanya yang manis membuatkan ramai yang menggemari buah ini. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan enak seperti kerepek, pengat atau kek. Tidak kurang enaknya, jika anda campurkan ke dalam hidangan bijirin sarapan pagi.

Menurut pakar pemakanan, pisang mengandungi banyak khasiat, antaranya ialah kalsium, lemak, mineral, vitamin, karbohidrat dan protein. Dengan semua khasiat inilah pisang banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan juga kecantikan.

Secara umum, khasiat yang terkandung di dalam setiap buah pisang matang adalah seperti berikut, kalori 99 kalori, protein 1.2 gram, lemak 0.2 gram, karbohidrat 25.8 mg, serat 0.7 gram, kalsium 8 mg, fosforus 28 mg, besi 0.5 mg, vitamin B 0.08 mg, vitamin C 3 mg dan air 72 gram. Untuk mendapatkan manfaatnya, pilihlah pisang yang sudah matang yang kulitnya hijau kekuning-kuningan. Pisang matang lebih mudah dicerna kerana gula buah boleh diubah menjadi glukosa semulajadi dan ia lebih cepat menyerap ke dalam peredaran darah.

Dari segi kesihatan, satu fakta yang mungkin ramai yang belum tahu ialah, pisang mampu membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin. Kandungan B6 dan B12 yang terdapat di dalam pisang membantu untuk meneutralkan pengaruh nikotin. Selain itu, pisang juga dapat mengatasi anemia kerana ia mengandungi zat besi yang cukup banyak.

Jika anda sering menguap atau mengantuk, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan mengambil pisang. Ini kerana pisang mengandungi banyak kalium, oleh itu ia dapat mengembalikan kadar kalium dalam tubuh dan melancarkan penghantaran oksigen ke otak. Selain itu, pisang juga sangat baik untuk ibu mengandung. Kandungan asid folat di dalam pisang mudah diserap oleh janin, juga baik bagi perkembangan sistem saraf janin.

Dalam buku ‘Medicinal Uses of Bananas’ ada menyatakan bahawa pisang dapat menyembuhkan anemia, menurunkan tekanan darah, menambah tenaga untuk berfikir, kaya serat untuk membantu sistem saraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, menghilangkan stres, mencegah strok serta mengawal suhu badan terutama bagi ibu hamil.

Kebaikan pisang kepada kesihatan

1. Mengawal berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

2. Sebagai sumber tenaga
Pisang boleh dicerna dengan mudah, gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

3. Baik untuk wanita yang hamil
Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

4. Mempunyai zat besi yang tinggi
Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

5. Atasi masalah cirit-birit
Pisang yang dicampur dengan susu cair boleh dijadikan sebagai ubat penyakit usus. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat masalah cirit-birit.

Best tips!*
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.* Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi sejenis protein yang membantu seseorang menjadi lebih tenang.* Jika berasa pening-pening, cara yang paling cepat merawatnya ialah dengan minum ‘banana milkshake’ yang dicampur dengan madu.


copy dr: http://kuatlari.blogspot.com/2009/01/kebaikan-pisang-aka-banana.html

No comments: