sumber: rahsialangsing.com
Apakah makan Malam yang sihat?
1- Menepati Waktu Makan Malam
Makan Malam perlu diambil sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur ataupun sebelum pukul 8.00 malam. Ini adalah supaya penyingkiran kalsium yang berlebihan dalam badan dapat dilakukan. Tetapi jika kita makan malam terlalu lewat, proses penyingkiran tidak dapat berlaku kerana waktu puncak adalah semasa kita tidur. Jika keadaan ini berterusan, kalsium akan berkumpul di pundi kencing, uriter dan uretra. Lama-kelamaan akan menyebabkan pembentukan batu karang.
2 - Makan Malam Yang lebih Ringan (bukan makanan ringan)
Makan malam perlu di ambil dalam kuantiti sederhana dan berkhasiat. Jika kita makan malam di ambil terlalu lewat dan dalam kuantiti yang banyak, kadar kolesterol dalam badan akan meningkat yang akan menyebabkan hati membina lebih banyak lipoprotein berketumpatan rendah yang akan menyebabkan penyakit arteriosclerosis atau saluran arteri tersumbat. Selain itu makan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan perut berangin dan menyebabkan organ sekeliling seperti usus, hati dan sebagainya tertekan dan isyarat tersebut di hantar ke otak. Ini akan menyebabkan otak menjadi aktif dan mengakibatkan penyakit imsonia iaitu sukar untuk tidur.
3- Makan Makanan Yang Yang Berkhasiat
Realitinya, kebanyakan keluarga lebih menumpukan kepada pemakanan yang berat-berat dimalam hari seperti daging, telur, susu dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kandungan kalsium dalam air kencing bertambah. Jika kepekatan kalsium adalah tinggi, peratusan untuk mendapat batu karang meningkat pada saluran uretra juga meningkat. Badan kita tidak dapat menyerap protein jika kandungannya banyak, dan akan menyebabkan pengumpulan protein dalam saluran makanan sehingga menghasilkan ammonia dan toksin lain yang boleh menyebabkan kanser.Untuk pengetahuan anda, kanser usus adalah penyakit nombor 2 dalam Malaysia selepas sakit jantung.
Saya mengambil Herbalife sebagai hidangan di waktu malam. Dengan khasiat yang diperlukan oleh badan dan berkalori rendah, saya tidak perlu risau mengenai makan malam. Bukan sahaja saya berjaya menurunkan berat badan, malah tahap kesihatan saya juga meningkat. Malahan ia boleh di ambil sebelum tidur. Itulah rahsia saya bagaimana saya menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan. Anda pula bagaimana:)
1 comment:
ellow...nak tanye..klu minum F1 sblm tdo..elok eyhh??
Post a Comment