ads

Friday, January 1, 2010

Serina Anak Chef Wan Dah Kahwin

Serina Sah Bergelar Isteri Gavin

Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, aktres jelita Serina Redzuawan sah bergelar isteri kepada Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada pukul 11.30 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk masjid tersebut, Mohd. Nazarudin Mohd. Nazir dengan berwalikan bapa Serina, Chef Wan atau Redzuawan Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

Serina menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran RM30,000 dan membalas kepada Gavin dengan sembilan dulang hantaran.

Setelah selamat dinikahkan, Serina menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.

"Ini bermakna bermulalah satu tanggungjawab besar untuk saya membimbing suami sebagai seorang Muslim.

"Insya-Allah, saya akan sama-sama mencuba yang terbaik mempelajari ajaran Islam.

"Saya sangat berharap perkahwinan kami akan kekal ke akhir hayat," kata anak perempuan Chef Wan ini.

Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis berinai besar pada malam ini di NEO, Jalan Sultan Ismail sebelum melalui majlis bersanding di The Royale Chulan malam esok.

No comments: